TVETMARA Lumut sebelum ini dikenali sebagai Institut Kemahiran MARA Lumut (IKML) merupakan institusi keusahawanan kejiranan terkemuka di Malaysia dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ia ditubuhkan pada 23 Jun 1979 dan dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW). Ia telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Hj. Abu Manan bin Othman P.P.T, Menteri Perindustrian Malaysia pada 23 Jun 1979. Pada peringkat awal, hanya terdapat tiga program yang ditawarkan di IKM iaitu Kimpalan Gas dan Arka, Pemesinan Am dan Elektrik.
Institut Kemahiran MARA Lumut terletak di tengah-tengah bandar Seri Manjung, Perak. IKML adalah institusi terbesar di kalangan kawasan pentadbiran di bandar ini dengan keluasan tapak seluas 48 ekar. IKM Lumut merupakan IKM kedua terbesar di Malaysia dengan jumlah staf seramai 183 orang setakat Ogos 2025.